Beri tanah sekolah Cina luar biasa

Posted in Artikel

Oleh Abdul Razak Din

IPOH 1 Sept. – Langkah Kerajaan Negeri Perak menganugerahkan tanah seluas 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina disifatkan sebagai sesuatu yang luar biasa dan belum pernah dilakukan sebelum ini.

 

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, jika pun mahu dilakukan, ia seharusnya turut diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah-sekolah Tamil yang rata-ratanya masih berkeadaan daif.

 

Beliau yang juga seorang pendidik percaya langkah Kerajaan Perak itu mempunyai motif untuk menarik sokongan politik.

 

Katanya, jika dilaksanakan ia boleh meningkatkan jurang dan tahap pendidikan antara kaum Cina dengan masyarakat Melayu serta India.

 

‘‘Saya fikir dengan pemberian tanah seluas 44 hektar kepada setiap sekolah persendirian Cina itu, ia mampu menjana pendapatan seperti melaksanakan projek komersial atau ladang sawit supaya sekolah berkenaan mempunyai kemampuan kewangan sendiri dan memperkukuhkan lagi operasi sekolah persendirian Cina untuk menjadi lebih berdaya maju.

 

‘‘Setahu saya, sekolah-sekolah Cina tidak perlu bantuan lagi kerana mereka mempunyai lembaga sekolah yang cergas dan aktif dalam mencari sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai persekolahan mereka,” katanya di sini hari ini.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah Kerajaan Perak menganugerahkan 400 hektar tanah kepada sekolah persendirian Cina di negeri itu supaya ia dapat mengusahakan tanah berkenaan dan menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk membiayai kos pentadbirannya.

 

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dipetik sebagai berkata, peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah berkenaan pada masa kini tidak memadai.

 

Oleh itu, sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberi tanah kepada sekolah tersebut yang membolehkan mereka menubuhkan syarikat bagi mengusahakan tanah berkenaan.

 

Ekoran daripada itu, Pergerakan Pemuda UMNO Perak meminta supaya penganugerahan tanah tersebut tidak mengenepikan kepentingan Melayu dan Islam dalam sebarang keputusan kerajaan negeri.

 

Ketua Pemudanya, Zainol Fadzi Paharudin berkata, langkah kerajaan negeri itu tidak salah tetapi pada masa yang sama perlu berlaku adil kepada sekolah agama dan pondok.

 

Mohd. Hilmi yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Darul Ridzuan di Selangor dan Wilayah Persekutuan berkata, GMP akan membuat kajian dan membuat tindakan sewajarnya terhadap perkara tersebut.

 

Katanya, dalam tempoh baru lima bulan memerintah, kerajaan pembangkang telah melakukan banyak perkara luar biasa untuk kepentingan politik mereka.

 

‘‘Apa yang akan terjadi dalam tempoh lima tahun akan datang, sudah tentu lebih banyak lagi yang akan dilaksanakan untuk menarik sokongan rakyat daripada masyarakat tersebut,” katanya.

 

(Sumber Utusan Malaysia, 1 Sept 2008)

Comments:

7 Responses to “Beri tanah sekolah Cina luar biasa”


  1. Mungkin kita perlu mendengar penjelasan DS Nizar. Perkara ini tidak mudah tetapi begitulah politik.

    Tersilap langkah, buruk padahnya.


  2. Saya pun sedang mencari-cari kenyataan daripada pihak MB Perak. Tetapi masih belum jumpa. Jika sesiapa ada bahan sila kemukakan di sini.

    Isu ini agak panas pada mulut Melayu² yang saya jumpa samada yang menyokong BN ataupun PR.


  3. DS Nizar/PAS tak de pengalaman memerintah dan mereka mudah digula2kan oleh org2 DAP. Apa dia ingat dgn memberi h/milik 30 tahun tanah seluas 400 ekar tu akan jadi h/milik sementara ke?? pada yg tak tau selok belok hal2 tanah minta bukakan mata la. H/milik 30 tahun tu makna nya h/milik selama2nya. No such thing as h/milik 10/20/30 tahun. Cuba baca kanun tanah negara even tanah TOL yg perlu dibayar yuran setiap tahun pun diiktirah sebagai satu rekod h/milik. Lebih la lagi tanah yg diberi h/milik 30 tahun. Apa yg k’jaan PAS boleh lakukan 30 tahun lagi, itu pun kalau memerintah ialah cuma naik kan premium cukai tanah sahaja, nak ambil balik tanah tu ….sorry, they have to pay hundreds millions to acquire the land. sekali lagi tanah melayu tergadai …… heh


  4. saya fikir anda bukan melihat dari persfektif rasional tapi penuh dengan sentimen asabiah.


  5. saya fikir anda bukan melihat dari persfektif rasional tapi penuh dengan sentimen asabiah.


  6. Anda fikir UMNO tidak mengadai hak melayu? Kontrak sosial, rasuah, kronisme, 10% di MRSM…..apa lagi…terlalu banyak sehingga Melayu marhaen seperti kita dapat tulang saja.


  7. Kita bukan bersifat asabiah pabila kita bercakap mengenai kedaulatan melayu. Apa yang sedang kita saksikan sekarang ini adalah usaha2 DAP untuk mengubah komposisi sosial negeri Perak. Negeri Perak hanya ada beza 15% sahaja komposisi kaum diantara majoriti melayu dan cina. Tanah hak milik 99tahun tanah Kg.baru, 500ekar UNITAR dan yang terbaru 400hektar untuk sekolah2 cina, di tapak2 ini kontrak2 untuk mendirikan bandar2 kecil yang komposisinya 100% cina akan didirikan. Peluang ekonomi akan dijurus kepada kaum cina sahaja. Maka ini akan merubah Perak kepada negeri majoriti cina. Sosial, politik dan ekonomi akan didominasi cina. Melayu akan hilang kedaulatan dan hak ke atas negeri ini. Kita Melayu saling berbalah tetapi mereka rakus meragut kekayaan negeri ini untuk kepentingan kaum mereka. Di Perak kasino, pub semakin bercambah, maklumlah Exco ekonominya org cina( kafir ). Pemberian tanah ini satu kerja yang tak masuk akal langsung. Bayangkan ribuan ekar diberi begitu sahaja kepada kaum cina. Ini tidak releven langsung dengan perjuangan Pas di kelantan yang kuat mempertahankan hak/kedaulatan melayu terutama di bidang ekonomi dan hartanah. Tidak seiring langsung, MB pas PERAK hanya boneka DAP.Kaum cina menguasai hampir 40-50% pegangan ke atas ekonomi negara , kita hanya pengang 18 %. Renungkan lah nasib kaum kita, bangsa kita , agama kita.Kita selalu bertolak ansur, sehingga ditolak ansur-ansur. DAP tidak pernah fikirkan pasal kita, agama kita malah mereka anti-melayu, menolak ideologi negara islam. Dan dengan orang2 ini lah yang Pas bekerjasama turut segala kemahuan meraka. Tahniah ! Kerana telah menggadaikan kedaulatan melayu di negeri PERAK.

Leave a Reply

RSS