Peranan NGO

Posted in Bersatu, Penyelesaian

Tagged Under :

Jika anda risaukan mengenai situasi politik tanah air, ayuh! kita kuatkan NGO-NGO yang telah tertubuh di negara ini. NGO-NGO pada dasarnya tertubuh bagi memperjuangkan sesuatu objektif, misi dan visinya yang tersendiri. Peranan-peranan yang digalasnya tidaklah terlalu besar dan hanya terangkum dalam skop perjuangannya sahaja.

 

 

Lihat kembali bagaimana sejarah penubuhan UMNO itu sendiri. Ianya adalah hasil pertemuan dan penyatuan kesatuan-kesatuan, pertubuhan-pertubuhan dan juga kumpulan-kumpulan yang berteraskan melayu demi untuk menuntut kemerdekaan negara. Maka terjadilah ia sebuah parti politik yang memperjuangkan nasib melayu. 

 

 

Tetapi keyakinan rakyat terhadap apa yang berlaku terhadap situasi politik hari ini sedikit-sebanyak menggusarkan. Permainan politik perkauman yang tidak dijaga bakal membawa padah kelak. Parti yang sepatutnya memperjuangkan hak rakyat telah diasimilasi bagi kepentingan individu. Hingga ke hari ini pemimpin-pemimpin di atas masih lagi bercakaran mempertahankan kedudukan dan perjuangan yang semakin menyimpang masing-masing.

 

 

Maka kepada siapa rakyat perlu berpaut dan bergantung harap lagi? Harapan yang besar ini perlulah digalas oleh bahu-bahu NGO yang ada. Rakyat juga perlu memainkan peranan bagi memperkasakan NGO-NGO yang sedang berjuang ‘menyelamatkan’ negara ini. Sebagai contohnya Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Kedua-dua NGO ini dilihat terkehadapan dalam membincangkan dan mempertahankan hak Melayu dan Islam. Walaupun mungkin mereka ini mempunyai pegangan dan ideologi politik masing-masing, tetapi mereka masih mampu bergerak demi mencapai objektif dan dasar perjuangan mereka.

 

 

Dan diharapkan keperkasaan NGO-NGO ini dapat dibentuk demi untuk mempertahankan hak dan agama Islam. Janganlah NGO-NGO ini nanti akan bercakaran antara satu sama lain. Utamakan perjuangan anda dan BERSATULAH !!

 

 

AHLI KAJI MASYARAKAT

Leave a Reply

RSS