Pertandingan
Posted in Parti, Politik
Lama saya tidak menulis. InsyaAllah selepas ini akan saya rajinkan diri untuk berada pada pentas ini bagi sama² berjuang dengan sekalian pejuang di luar sana.
Parti² Politik tanah air sedang sibuk menjalankan proses demokrasi mereka bagi memilih pemimpin parti yang akan menerajui parti masing-masing. Tetapi persoalan utamanya adakah pemilihan yang akan dilaksanakan ini benar-benar bersih dan tulus tanpa sebarang unsur-unsur politik wang, rasuah, ugutan dan sebagainya?
Ini adalah penting bagi kita menentukan pemimpin yang benar-benar akan berjuang demi rakyat atau pemimpin yang akan dipilih nanti adalah pemimpin yang berjuang demi diri sendiri, kaum keluarga, sahabat handai, harta, darjat dan pangkat.
Tetapi melihatkan situasi semasa yang berlaku pemilihan kali ini telah mendorong dan memaksa pejuang-pejuang tulen untuk berusaha berada di kerusi atas demi melakukan perubahan terhadap parti yang dilihat semakin hilang keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadapnya. Mereka berpendapat bahawa pemimpin-pemimpin terdahulu patut berundur kerana rekod mereka yang korup dan merosakkan parti secara diam akan mengundang padah kepada parti.
Apapun diucapkan selamat berjuang kepada pejuang-pejuang Melayu tulen. Semoga agenda dan perjuangan anda mendapat rahmat daripada Allah S.W.T. Semoga keutuhan orang Melayu dapat diteruskan dan dikekalkan.
Ahli Kaji Masyarakat




