Masjid Cina Kuala Lumpur
Posted in Agama, Penyelesaian, Sosial
Sudah lama kita tidak cakap-cakap soal politik dan isu semasa di blog ini. Izinkan saya? Rasanya bolehlah dikategorikan isu ini isu agama & sosial dan bukannya politik.
Ahli Parlimen Pembangkang, Zulkifli Nordin (PKR-Kulim/Bandar Baharu) telah mencadangkan di Parlimen agar kerajaan membina sebuah masjid Cina di Pusat Bandar Kuala Lumpur dengan segala aktivitinya termasuk kuliah dan khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa Mandarin.
Entah kenapa saya melihat sesuatu dalam diri pemimpin ini. Tetapi yang peliknya kenapa beliau berjuang di landasan PKR dan bukannya PAS. Kerana dirasakan jaket PKR yang disarung beliau agak tidak selesa pada badannya sendiri.
Apapun berkaitan dengan isu ini SAYA SOKONG.Faktanya :
- Orang Cina telah peluk Islam 1500 tahun dahulu berbanding Orang Melayu.
- Apabila dakwah Islam berjaya disebarkan dikalangan Masyarakat Cina di negara ini, bayangkan berapa banyak zakat boleh dikutip.
- Sentimen Melayu-Islam menyebabkan kita diserang dari dua sudut sekaligus. Mereka yang membenci Melayu akan membenci Islam dan mereka yang memusuhi Islam juga akan memusuhi Melayu. Jika wujud simbolik (masjid) sedemikian persepsi negatif Melayu-Islam dapat dikurangkan sedikit demi sedikit.
Tetapi persoalannya wujudkah perpaduan dengan perlaksanaan sebegini? Pastinya mereka yang berbahasa mandarin sahaja yang akan mengunjungi Masjid ini. Tetapi Islam tidak pernah membeza²kan penganutnya. Harap² perpaduan itu dapat wujud dengan sendirinya di kalangan masyarakat Islam berbilang kaum.
Dan semoga tidak ada ’suara’ menuntut supaya Azan di masjid ini nanti diperlahankanvolumenya.





Saya tidak fikir masjid ini akan dikunjungi oleh pengamal bahasa mandarin sahaja. Ada juga pengunjung yang datang ke masjid semata-mata untuk menunaikan solat, dan tidak mendengar khutbah. Dari situ, ukhwah Muslim Melayu terjalin dengan Muslim Cina.
Kedua, oleh kerana masjid juga merupakan pusat aktiviti masyarakat Islam, harapnya bolehlah Muslim dari bangsa lain yang berminat datang mempelajari bahasa Mandarin dan jenis masakan Cina.
Benar. Mungkin Dengan Adanya Masjid Khas Begini, Perpaduan Antara Kaum Dapat Dirapatkan Lagi Dengan Ukhwah Yang Terjalin Di Dalam Masjid.