Artikel 153
Posted in Artikel, Pemikiran, Penyelesaian, Politik, Sejarah, Sosial, Umum
Tagged Under : artikel 153, melayu
Bismillahirahmanilrahim. Alhamdulillahirabbil alamin, wassalaltuwassalamu ‘alalambiai mursalin, wa’ala’alihi wahsahbihi ajmain.
Assalamualaikum wbkt.
Pada hemat saya apa yang hendak dibincang atau diperkatakan dalam perhimpunan hari ini, ialah tentang dua perkara penting yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Bumiputra di dalam negara yang tercinta ini.
Ia melibatkan Artikel 153 yang berkaitan dengan kedudukan Keistimewaan Orang Melayu-Bumiputra dan kontrek sosial.
Termaktubnya Artikel 153 itu adalah hasil daripada termetrainya kontrek sosial di antara semua kaum yang bermastautin di negara ini sebelum merdeka.
Kedua-dua perkara ini adalah penting bagi semua rakyat Malaysia mengetahui, menghayati dan mengamalkannya.
Artikel 153 terkandung sebagai salah satu fasal yang amat penting dan signifiken dalam Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan bukan saja merupakan undang-undang yang tertinggi negara, akan tetapi juga ia adalah merupakan sebuah dokumen yang suci kepada rakyat Malaysia.
Artikel ini terkandung di dalam the Constitution of Federation of Malaysia 1957, hal.74. Ia menentukan kedudukan keistimewaan orang Melayu-Bumiputra dan memberikan kuasa undang-undang (legitimacy) bagi membantu dan melindungi mereka dalam bidang ekonomi dan pedidikan, (termasuk biasiswa dan qota pekerjaan di bidang perkhidmatan awam) dan diletakan di bawah tanggungjawab DYMM Yang Di Pertuan Agung.
Menakala kontrek sosial pula adalah merupakan dasar tolak-ansur orang-orang Melayu terhadap “orang dagang” dan “penduduk sementara” di negara ini yang ketika itu tidak diiktiraf sebagai rakyat negeri-negeri Melayu atau rakyat Raja-raja Melayu yang tidak mempunyai legitimacy dalam negeri-neeri Melayu.
Tolak-ansur secara paksaan yang didorong British di bawah Jawatankuasa Perhubungan Kaum ((CLC) tajaan penjajah inilah yang telah melahirkan kerakyataan yang diberikan kepada orang dagang dan penduduk sementara ini.
Ia dilakukan atas dasar jus soli (kerakyatan secara lahir) dalam State Nationality 1951 dan pelonggaran kerakyataan Persekutuan secara permohonan yang telah mengikat kekrjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu yang telah dimetrai sebelum kemerdekaan 1957.
Ini adalah merupakan satu political bargaining yang ditekankan kepada Raja-raja Melayu dan orang-orang Melayu-Bumiputra untuk membolehkan, bukan saja kepentingan-kepentingan politiko-ekonomi British diteruskan, akan tetapi juga akhirnya membolehkan Malaysia mencapai kemerdekaannya.
Bagaimanapun, walaupun memperkatakan tentang Perlembagaan, khususnya Artikel 153 dan Kontrek Sosial itu penting, pada hemat saya, ini masih belum boleh lagi membolehkan kita merongkai permasalahan rumit yang membelenggu negara dewasa ini.
Perbincangan mengenai Perlembagaan dan Kontrek Sosial hari ini hanyalah merupakan satu perbincangan yang tidak dan belum dapat menghuraikan isi sebenarnya kepada permasalahan yang kita hadapi.
Maka itu perbincangan hari ini bolehlah dianggap belum dan tidak kena pada sasaran yang dituju.. Iaitu apa yang menyebabkan dan mengapa kita membincangkan tajuk perbincangan hari ini; dan mengapa perlu kita membincangkannya.
Bagi merongkaikan permasalahan yang ingin diperkatakan hari ini, kita hendaklah mencari punca atau sebeb musabab timbulnya permasalahan itu sehingga kita semua perlu membincangkannya.
Pada saya apa yang ingin kita perkatakan hari ini hanya akan menyentuh kulit kepada permasalahan sahaja. Bukan menyentuh tentang isinya.
Timbulnya sesuatu masalah itu, tentulah bersebab; dan berpunca.
Kupasan masalah
Kalau boleh saya ingin memperkatakan hal ini dari akar umbinya, sekiranya diizinkan. Mungkin ia akan memakan masa sedikit untuk menghuraikannya.
Adakah tuan-tuan dan puan-puan ingin mendegarnya (saya bukan maksudkan “to hear”, tetapi to “listen” (dengan izin)?
Dari segi Bahasa Inggeris ia mempunyai konotasi yang berlainan. Hear, bermaksud mendengar. Menakala listen, bermaksud mendengar dengan teliti, penuh tumpuan dan perhatian..
Kalau Sdr2, Tuan2 dan Puan2 tidak sanggup to listen. Saya tidak akan menerus dan mengulasnya lebih lanjut lagi. Saya akan berhenti membicarakan apa yang hendak saya perkatakan yang ada di dalam benak saya ini.
Perhimpunan
Pada hari Ahad 26 Oct lalu, saya telah menghadhiri Perhimpunan Tahunan Bahagian. Di akhir mesyurat, waktu para perwakilan dibenarkan menyampaikan ucapan-ucapan penangguhan, saya telah dinafikan giliran untuk berucap oleh Pengurusi Tetapnya.
Saya rasa ini bukan saja kurang berhemah, tetapi bertentangan dengan amalan demokrasi.
Setelah saya mendesak, saya telah diizinkan menyampaikan ucapan, dengan syarat saya menyampaikanya dalam masa lima minit sahaja.
Saya menolak pelawaan tersebut atas sebab-sebab, pertama sebelum itu mereka yang telah dibenarkan menyampaikan ucapan seumpama itu telah dibenarkan berucuap lebih dari tempuh masa tersebut. Kedua, ucapan saya itu hanya dibenarkan setelah para perwakilan merasa penat dan letih sehari suntuk bermusyuarat. Ini dengan sendirinya akan menjejaskan keberkesanan ucapan saya itu, atau di listen oleh para perwakilan dengan sewajarnya.
Maka itu, saya tak nampak para perwakilan dapat menumpukan pemikiran mereka terhadap ucapan saya itu nanti, kerana masing-masing dah bersedia hendak pulang.
Ketiga, ucapan saya telah sediakan lebih awal lagi, dan cuba merongkai masalah yang dihadapi UMNO khususnya, dan negara amnya dengan lebih menyeluruh. Saya juga telah cuba memebrikan saranan-saranan untuk memecahkan kebuntuan yang berlaku terhadap UMNO dengan menganalisisnya satu persatu – bermula daripada punca yang boleh menyebabkan akibat-akibatnya.
Dengan kata-kata lain saya cuba merungkai masalah yang dihadapi orang Melayu-Bumiputra, khususnya dan UMNO umumnya dari sudut causes, dan bukannya dari sudut symtom-symtomnya. Iaitu dari sudut sebab-musabab, bukannya dari sudut kesan-kesannya. Inilah yang sering dan sedang berlaku sekarang.
Artikel 153 Perlembagaan
Pada hemat saya, perbincangan mengenai Artikel 153 Perlembagaan ini, adalah merupakan akibat (effects/symtoms) dan bukannya punca (causes) kepada masaalah; iaitu bukannya causes kepada keseluruhan masalah UMNO dan orang Melayu sekarang.
Cuba merongkai sesuatu masalah daripada akibat, kesan atau sintomnya, tidak akan dapat menyelesaikannya..
Ia seoalah-olah cuba mengkaji atau menyelesaikan masalah lautan daripada omabaknya (trying to study the waves from the sea)
Misalnya, punca kepada masalah perpecahan dalam UMNO, Parti keramat Melayu ini, mungkin boleh dikatakan bersebab daripada peralihan pradigma budaya Melayu lama kepada budaya Melayu baru. Iaitu, budaya suka memberi kepada budaya suka menerima; budaya apa yang boleh aku dapat daripada apa yang aku boleh beri.
Budaya inilah yang wujud sekarang. Segala kerja dinilai dari sudut kebendaan; apa ganjarannya; bukan dari segi memberi sumbangan secara telus, tulus dan ikhlas tanpa tanpa mengharapkan sesuatu atau apa yang aku boleh dapat sebagai ukuran utamanya.
Mengapa ini berlaku? Bertitik-tolak dari anjakan paradigma budaya tadi, kalau tidak silap saya, ia telah bermula dari era pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. (Betulkan saya, sekiranya saya silap)
Mungkin ketika itu beliau telah mempunyai “teorinya” sendiri bagaimana hendak menganjakkan kehidupan orang Melayu-Bumiputra, iaitu mereka hendaklah didedahkan kepada dunia perniagaan dan dunia materialisme yang berunsurkan persaingan. Dunia ini berasaskan kepada teori Darwin tentang survival of the fittest (siapa kuat dia dapat).
Inilah caranya kalau hendak duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini? Konsep ini adalah berasaskan kepada teori sains (scientific-based), yang menekankan kepada persaingan, yang mungkin menjadi teras kepada teori mengayakan Melayu-Bumi Tun Mahathir itu.
Teori ini memang tepat dan pragmatik dari segi pergolakan dunia sekarang yang rata-rata mengamalkan sistem kapitalisme-sekularisme, yang menekankan kepada kosep liberalisasi atau kebebasan. .
Malangnya, ia tidak mengambil kira kesan atau akibat yang mungkin berlaku berpunca dari mengamalkan teori ini dan apa yang mungkin berlaku apabila melakukan paradigm shift ini (anjakan pardigma) kepada psychic atau minda orang Melayu yang mengikuti atau mengamalkannya.
Psychic hasil daripada perubahan paradigma ini, ialah: Orang Melayu-Bumiputra sekarang dah mengenepikan budaya suka memeberi, menymbang, murah hati, tulus, telus dan ikhlas ajaran Islam yang menjadi teras kepada dan anutan orang Melayu-Islam sejak zaman berzaman, khususnya setelah mereka memeluk Islam.
Ekoran daripada itu, mereka yang tidak dapat turut serta dalam pergolakan paradigm shift tadi mulalah mencari jalan untuk mendapatkan faedah daripadanya. Salah satu jalan yang paling mudah, ialah dengan merasuah dan menerimanya. Tentulah yang berada saja yang dapat melakukannya – merasuah.
Herankah kita wujudnya politik wang hari ini, dan rasuah sebagai satu gejala yang tidak dapat dikekang? Sehinggakan YTM Tengku Ahmad Rithiaudeen, Pengerusi Lembaga Disiplin sendiri mengaku sukar untuk membendung gejala ini, kerana ia telah menjadi budaya UMNO; menular ke akar umbi sebilangan besar ahli-ahlinya, khususnya yang telah megaut kekayaan melalui jalan-jalan yang diragui itu, dan yang ingin memegang jawatan-jawatan penting di dalam Parti.
Sehinggakan mantan PM Tun Mahathir sendiri mengakui bahawa beliau telah gagal mengubah minda dan sikap orang Melayu selama memerintah 22 tahun, kerana Melayu “mudah lupa”.
Memang benar apa yang diresahkan beliau itu.
Sangkanya dengan memberikan peluang kepada beberapa manusia Melayu menerajui bidang perniagaan koprat dan lain-lain, mereka ini dapat membantu dan membimbing orang-orang Melayu dan Bumiputra lain mengikut jejak dan langkah mereka.
Tetapi Tun Mahathir hampa dan kecewa, kerana rancangannya gagal menemui sasarannya. Sehinggakan ada diantaranya yang boleh dianggap seolah-olah seperti pagar makan padi.
Beginilah tragedi dan delima yang dihadapi oleh mantan PM kita itu. Beliau lupa pepatah Inggeris yang menyatakan: Power corrupts; absolute powers corrupt absolutely. (dengan izin)
Manusia Melayu sudah mula menjadi rakus. Lupa keluarga, teman dan taulan; lupa segala-galanya. Lupa siapa yang sebenarnya memeberikan rezki kepadanya.
Sangkanya, segalanya dari usaha keras sendiri. Tanpa restu dan bantuan Allah SWT. Mereka lupa bahawa Allah yang memberi; Allah juga yang boleh menariknya. Tiada siapa yang boleh menghalangnya.
Penjajah
Apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir itu mengikut trend dunia yang bertunjangkan kepada fahaman kapitalisme dan sekularisme yang disebutkan tadi, dibawa bersama Penjajah ketika mereka menjajah negara kita.
Mereka mempunyai rancangan rapi bagaimana hendak menghakis budaya Melayu-Islam melalui sistem-sistem pemerintahannya.
Ini termasuklah sistem ekonomi, sosio-budaya, pendidikan, kehakiman, media dan sebagainya.
Misalnya, sistem pendidikan mereka menekankan kepada konsep “seeing is believing”, (kalau nampak baru boleh percaya); bukannya tak nampak pun boleh dipercayai sepertimana yang terkandung di dalam ajaran Islam; yang menekankan kepada konsep rohaniah.
Sistem kehakiman mereka memberikan lebihan keberkesanan kepada mereka yang “berada” daripada mereka yang “tidak berada”. Kalau kita Loren Osman, kita boleh membawa kes sehingga ke peringkat yang tertinggi hiraki kehakiman. Tapi kalau kita tidak berada, seorang penarik beca umpamanya, kalau membuat kesalahan sedikit, kita terpaksa mengaku salah, walaupun sebenarnya mungkin tidak.
Sistem ekonominya pula memberikan keutamaan juga kepada yang berada. Mereka ini menyimpan wang di dalam bank dan simpanan itu akan beranak dengan bunga atau labanya. Orang tak berada meminjam. Mereka dikenakan bunga pula bila meminjam. Jadi yang kaya bertambah kaya, Yang miskin, kalau tidak cermat, menjadi papa dibuatnya.
Sistem medianya pula, memebrikan apa saja yang kita suka; khususnya hiburan. Acapkali mereka selitkan unsur-unsur yang boleh menghayalkan dan menghakis budaya kita. Beginilah cara mereka menjajah mental kita, tanpa kita merasai dan menyedarinya.
Kita disogokkan dengan rancangan-rancangan hiburan seperti Akademi Fantasia, Macam-macam Aznil, Jom Hebuh, Jangan Lupa Lirik, Malaysian Idol, dan sebagainya. Program-program berunsurkan propaganda diselitkan secara halus supaya kita terpengaruh dengan di’ayah mereka itu.
Rancangan-racangan hiburan tempatan biasanya melibatkan mak-cik-mak cik dan anak-anak gadis yang bertudung, tetapi menari berkinja-kinja seolah-olah pemakian tudung tutup aurat mereka itu tidak punya erti apa-apa kepada mereka sebagai seorang Islam.
Satu lagi cara mereka menghakis budaya kita ialah dengan, misalnya, menghapuskan tulisan Jawi, Bahasa dan sejarah kita. Menjauhkan kita dari mesjid dan surau, berhentikan panggilan azan atau lakukannya tanpa memberikan kesan terlalu bising yang dikatakan akan mengganggu orang lain.
Pokoknya, kita di ajar apa yang harus kita buat dan fikir. Bukan bagaimana harus kita berfikir. Nampaknya, inilah juga budaya UMNO sekarang, sepertimana yang saya alami baru-baru ini dan yang menjadi amalan media prima negara.
Kiranya mereka ingin membodohkan manusia setiap kali, tetapi lupa mereka hanya boleh melakukannya sekali sekala kepada sesetengah manusia, bukan kepada semua manusia setiap masa.
Mengikut sistem-sistem yang kita anuti sekarang, semua digalakan kepada “menerima”, mendapat ganjaran. Kalau perlu paksa untuk mendapatkannya sama secara halus mahupun kasar. Siapa yang tidak mahukan pangkat, kedudukan dan kekayaan?
Mereka lupa kebendaanlah yang telah memecah-belah dan mengadu-dumbakan kita. Yang menjadikan kita seorang yang munafik, tanpa menyedarinya. Apa tidaknya?
Kalau tidak pandai, kita boleh pura-pura pandai, boleh menyamar sebagai Dr Zainal. (Ingat kes di Hospital KL tak lama dulu)?
Sistem-sistem ini melahirkan manusia rakus, rasuah, manipulatif, dan lain-lain sifat negatif yang keji. yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Lihat apa yang berlaku hari ini. Tidak boleh dinafikan bahawa rata-rata jenayah basah dan kering sekarang, para pemainnya terdiri daripada orang yang berpendidikan tinggi; sehinggakan hancur ekonomi dunia dibuatnya. Hal ini tidak terkecuali di dalam negara kita.
Ramai di kalangan mereka yang didapati tidak tulus dan telus; tidak amanah, tidak berwibawa, berintegriti dan bermaruah. Mereka sanggup merasuah asalakan cita-cita mereka tercapai.
Mereka yang tidak berpelajaran tinggi, kalau mereka lakukannya, ia adalah merupakan perkara biasa dan memang boleh dijangka. Kerana inilah cara yang membolehkan mereka mengecap kemewahan hidup yang dicitakan semua manusia di zaman kebendaan ini.
Berpelajaran tinggi tidak menjamin mereka menjadi seorang yang berakhlak mulia. Lebih-lebih lagi sekiranya mereka tidak terdedah kepada ajaran agama.. Malah mereka yang berpendidikan agama juga tidak boleh dijamin akan berakhlak mulia juga di zaman sekularistik ini, dek hambatan dan gara-gara hidup yang mementingkan kebendaan anutan ramai manusia sekarang.
Bagaimanapun, seseorang yang mempunyai pendidikan seimbang dunia akhirat akan dapat setidak-tidaknya mengurangkan amalan gejala-gejala tidak sihat itu.
Politik
Setelah memecah-belah dan mengadu-dumbakan kita sesama sendiri dan apabila kita didapati lemah, maka mulalah mereka mendesak, dan menuntut segala-gala yang boleh diperolehi bagi kepentingan mereka.
Inilah yang sedang berlaku.
Perkara ini telah dirancang secara halus dan teliti. Kita disogokan dengan hiburan dengan tujuan supaya kita lupa diri dan berpecah-belah.. Ini dengan dipastikan pula beberapa kerat orang kita, khususnya yang juga ingin mendapatkan kuasa, putus asa dan kecewa, menyebelahi mereka.
Semuanya ini dilakukan bagi mempastikan mereka dapat memerintah dan berkuasa. Mereka tidak takut dikalahkan, kerana mereka menggunakan taktik komunis: One step backwards tidak menandakan mereka akan kalah, malah ia akan menjamin mereka ke two steps forward kelak. (Selangkah ke belakang bukan bermakna mereka tidak akan melangkah ke dua langkah hadapan).
Selepas berkuasa, mereka akan menuntut segala-gala yang boleh daripada kita – sama ada secara halus, kasar atau pun ancaman. Kalau kita takut, tidak tegas dan lemah, habislah kita ditelannya.
Ini sedang berlaku. Mereka yang dianggap rakan seperjuangan telah juga menunjukan belang mereka.
Seperti kata YAM Tungku Ghazali Hamzah, mereka yang di dalam DAP, Gerakan, MCA semuanya sama. Mereka mempunyai aspirasi mempastikan Malaysia ini diperintah ala Malaysian Malaysia. Kalau boleh jadikan negara ini sebuah Republik!
Kalau gagal dalam tuntutan, mereka akan gunakan NGO kebudayaan mereka yang terkenal, iaitu Persatuan Siqiu.
Maka itu bagi mengimbaangi tugas serupa itu, kami menubuhkan ProWaris sebagai NGO Melayu yang mempunyai tujuan yang hampir sama, tetapi berteraskan Ketuanan Melayu dan Islam.
Pengalaman
Perlu diingat, pengalaman lalu, bahawa berlakunya Rusuhan 13 Mei 1969 adalah disebabkan keangkuhan dan sifat kurang ajar yang ditunjukan oleh DAP yang menang majaoriti PRU di Selangor ketika itu.
Mereka telah bersorak supaya: “Melayu Balik Kampung” dan memaki hamun kita. Adakah kita sudah lupa akan peristiwa itu?
Bukankah ini sedang diulangi mereka?
Mengapa ini berlaku?
Jawabnya: kerana kita lemah, tidak tegas dan berpecah-belah, (angkara perbuatan mereka yang kita tidak sedari)..
Saya juga ingin mengingatkan bahawa di Singapura, Lee Kuan Yew sanggup bersekongkol dengan Komunis untuk menjatuhkan mereka. Sehinggakan pemimpin handal Komunis, Lim Chin Siong dapat disingkir dan di”buang negeri” ke England.
Ya. Lee Kuan Yew sanggup menunggang harimau untuk mencapai cita-citanya memerintah dan berkuasa di Singapura.
Inilah yang sedang dilakukan DAP di Malaysia dengan bersekongkol bersama PAS dan PKR, yang pengaruh kekuatan DAP itu telah pun terserlah di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Lim Guan Eng kabarnya ingin “memeluk” Islam dan Omar Al-Khatab menjadi idolanya. Mereka ini akan melakukan apa saja asalkan cita-cita Partinya memerintah Malaysia di suatu masa nanti menjadi kenyataan.
Lupakah kita dengan orang kuat Belanda di Acheh yang masuk Islam hanya untuk menjatuhkan Kerajaan Islam Acheh itu?. Lupakah kita kepada manusia Belanda yang bernama SNOUCK HURGRONJE yang sanggup ke Mekah menunaikan haji hanya untuk belajar bagaimana hendak menghakis dan menghapuskan ajaran Islam dari muka bumi ini?
Cuba renungkan apa kata Allahyarham Sdr Haji Ghazali Ismail, seorang bekas ahli PAP Singapura dan pernah menjadi Setiausaha Parlimen, Kementerian Kebudayaan, yang merupakan orang kanan Lee Kuan Yew di suatu ketika dulu terhadap DAP dan Penasihatnya, Lim Kit Siang.
Katanya Kit Siang pernah bekerja di bawahnya ketika beliau di Kementerian Kebudayaan Singapura. Ketika itu Kit Siang bekerja sebagai pemberita di Radi TV Singapura..
Kit Siang menganut fahaman politik liberal demokratik yang mempunyai rangkian di seluruh dunia. Fahaman politik inilah juga yang menjadi teras PAP. Kit Siang pernah menghadhiri persidangan kumpulan liberal demokratik ini di Israel (kalau tidak silap saya).
Fahaman ala-PAP inilah yang cuba disuntik DAP kepada rakyat Malaysia, dengan slogan Malaysian Malaysianya yang di bawa oleh PAP Singapura dulu.
Kalau tidak kena cara, Malaysia akan menjadi sebuah Republik macam Singapura. Ini bukan suatu perkara yang mustahil. Ia telah berlaku di India, Di Butan, dengan raja Mahendara diturnkan takhta baru-baru ini,
Teruskanlah kita bercakaran sesama sendiri; teruskalah mengamalkan rasuah dan politik wang; teruskanlah berpecah-belah sesama sendiri dan sesama agama – ini bukan saja akan menyebabkan UMNO akan jadi tidak relevan bahkan mungkin terkubur selama-lamanya. Inikah yang kita inginkan? Tepuk dada tanya selera.
Dan jangan hairan kalau sumpah Hang Tuah Melayu tidak akan hilang di dunia akan tidak terkabul akhirnya. Semua gara-gara kerakusan dan tidak perihatinnya kita yang rakus dan yang tidak ambil pusing tentang permainan politik Barat yang pecah belah memerintah itu.
Al-Quran telah mengingatkan kita bahawa Yahudi tidak akan senang selagi kita tidak ikut cara hidup mereka (ayat 120 surah Al-Baqarah); Yahudi dan Nasrani akan bersekongkol menentang Islam (ayat 51 Al-Maidah); dan akhuirnya Allah telah menyeru supaya umat Islam bersatu padu mengikut ajaranNya yang lurus. Kalau tidak kita akan berpecah-belah (ayat 153, surah Al-An’am).
Pecahkanlah punca-punca utama yang memecahbelah dan mengadu-dumbakan kita dengan kembali ke pangkal jalan – Jalan Allah SWT yang lurus dan sebenar-sebaenarnya.
Bacalah Al-Quranulkarim. Fahamilah ayat-ayatnya. Amalkanlah ajaran-ajarannya. Pilihlah para pemimpin yang berwibawa, berintegriti, cekap, amanah, creatif, berperancangan dan yang mempunyai pandangan jauh.
Dalam hal ini para pemimpin yang telah diketahui umum tercela (tainted) peribadinya yang kewibawaan dan integritinya boleh diragukan hendaklah mengundurkan diri.
Rakyat tahu dan kenal siapa mereka. Mereka sendirpun tahu siapa mereka. Hentikanlah rasuah politik. Sayangkanlah bangsa, agama dan negara daripada sayangi diri sendiri dan kroni-kroni di sekeliling mereka.
Berilah para pemimpin muda dan yang vetran (tetapi berwibawa) memimpin negara, khususnya UMNO kalau kita hendak terselamat daripada malapetaka yang akan menimpa anak cucu cicit dan keturunan kita di masa hadapan.
Cukuplah sudah mengaut kekayaan dengan jalan yang boleh diragukan. Berilah peluang kepada orang lain mengubah cara hidup kita yang dah lapuk membuktikan senjata makan tuan itu.
Kembalilah ke pangkal jalan.
Minda Melayu
Akhir sekali, mungkin kita perlu melakukan satu penyelidikan atau kajian menyeleluruh tentang minda atau psikik Melayu.
Misalnya, mengapa dikatakan Melayu mempnyai sifat Ph.D. (Penyakit khianat dan hasad dengki), sifat-sifat negatif seperti iri hati, tidak boleh lihat orang lain lebih baik daripadanya; pemalas, rendah diri, taksub kepada hiburan, khyalan, fatalistik, tidak sanggup bekerja kuat, dan sebagainya.
Adakah ini disebabkan oleh, misalnya, cuaca, salah faham, kurang fahama atau tidak faham tentang ajaran-ajaran Islam sebenarnya. Ataupun ia disebabkan ajaran Islam itu sendiri, seperimana yang dida’wa oleh sesetengah kalangan Melayu dan Islam sendiri.
Apakah yang akan berlaku sekiranya perpecahan diantara Melayu-Islam “tulen” dengan Melayu liberal terus berlaku? (Yang sesetengah jawapannya telahpun saya berikan).
Sekian. Wassalamualaikum wbkt.
Haji Mansoor Haji Ahmad
a.k.a. Mansal Damha/Uncle M
Merangkap Penasihat ProWaris
(Pertubuhan Generasi Profesional &Pewaris Bangsa)




