
Ahli Kaji Masyarakat
Nama sebenar adalah Abdul Qaiyum Borhan. Dibesarkan di pelbagai pelusuk negeri tanahair berikutan bergelar anakanda seorang pegawai polis yang kini telah berpencen. Telah berusaha sedaya-upaya untuk menggenggam segulung ijazah sarjanamuda dalam bidang Sains komputer di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Walaupun lebih fokus dalam bidang Teknologi, tetapi meminati soal kenegaraan dan politik tanahair. Cuba untuk memahami politik mengikut pemahaman yang lebih mendalam. Namun tidak ingin terlalu terikat dengan budaya politik perdana tanahair. Bercita² untuk menjadi pemerhati & penganalisa politik bebas walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam dunia politik sebenar.
Roh perjuangan anak muda ini tertiup sewaktu menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya terlibat dengan politik kampus dan turut berada di zaman pengaruh nasionalis, sosialis dan idealis masih kuat tertiup di dalam kampus. Anak muda ini juga turut aktif berpersatuan dan memegang beberapa jawatan penting dalam persatuan² termasuk menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM Sesi 2006/2007.
Walaupun masih setahun jagung berdepan dengan hakikat duniawi, tetapi anak muda ini kekal meneruskan perjuangan mengkaji, menyelidik dan menganalisis dalam usaha untuk mencari kebenaran mutlak agar dapat dikongsikan bersama dan seterusnya meniup roh penyatuan agar kesedaran itu wujud di dalam diri sanubari setiap rakyat negara ini.




