KEMPENKITAMESTIBERSATU

PPSMI - FAQ (Frequently Asked Question)
1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ?

Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar.

Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal

2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ?

Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan. Pemahaman sains dan matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti).

3. Kenapa mesti bahasa inggeris ?

Kerana 100% bahan rujukan untuk bidnag-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kpd konsep dan fundamentals dalam bahan-bahan rujukan ini.

4. Kenapa tak boleh gunakan BM dalam subjek sains dan matematik ?

BM sudah digunakan sekian lama. Malah sehingga kini BM masih digunakan dalam kedua-dua subjek ini (walaupun secara dwi-bahasa). Masalah yang berlaku adalah semasa di peringkat tinggi (universiti), oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, menyukarkan pelajar utk memahami konsep dan teori asas. Ia memerlukan masa utk pelajar tersebut memahamkan terma-terma tertentu… Ini boleh menjejaskan pemahaman keseluruhan yang membawa kegagalan dalam menguasai konsep bidang yg diceburi. Akhirnya pelajar tadi hanya akan belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan semata-mata untuk segulung ijazah dan bukannya untuk menguasai ilmu.

5. Kenapa perlu kuasai sains dan tekonologi ?

Sehingga kini, umat islam yang merupakan umat terbesar di dunia hanyalah umat pengguna. Kita hanya menjadi pengguna. Kita tidak menjadi pencipta. Yang menjadi pencipta adalah bangsa lain dan agama lain. Maka kita amat bergantung kpd bangsa barat dan yahudi dalam segala-galanya. Ini menjadikan kita begitu lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Malah untuk memboikot barangan US pun kita tidak mampu kerana kita tiada alternatif lain selain daripada bergantung kpd barangan mereka.

sehingga kini, kita hanyalah bangsa dan umat pengguna. Kita hanya mampu merintih, meratap dan menangis diatas kekejaman yang dibuat oleh org barat dan yahudi terhadap islam. Kita hanya boleh merayu meminta belas kasihan mereka. Lebih-lebih pun kita hanya mampu berkata “…mereka ini kejam “, “jagnan buat begitu “, “…tolong hentikan serangan”, “…mereka ini tak berperikemanusiaan lah”… dan pelabagai kata-kata lain.

Kenapa ? kerana kita bukan bangsa ata umat yg dihormati diatas kejayaan kita menguasai teknologi. Kita adala umat pengguna.

Untuk menjadi pencipta, kita perlu kuasai sains dan tekonologi. Bukan sahaja lulus dalam ujian…tetapi perlu kuasa ilmu tersebut. Apabila kita (umat islam) menjadi pencipta, maka bangsa barat dan yahudi tidak akan berani menindas dan menghina umat islam. Kejadian di Palestine juga tidak akan berlaku sekiranya kita adalah umat pencipta dan pengeluar teknologi.

6. Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa mereka ? Kenapa mereka tak perlu PPSMI untuk berjaya ?

Negara-negara diatas adalah juga negara-negara yg menjadi pelopor kpd tekonologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusi teknologi. Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat utk belajar dan pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terus membuat kajian sendiri. Sebagai contoh, semasa penemuan teknologi transistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telah mendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianya membawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan.

Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolusi teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang mereka lakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi.

Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi.

Malaysia kini berada pada zaman teknologi telah melampaui zaman revolusi…malah bergerak lebih pantas dari yang dijangka. Kita berada di belakang teknologi yg mana bahasanya dikuasai oleh bahasa asing.

7. Kenapa kita tidak buat penterjemahan ke BM sahaja ?

Proses penterjemahan sekiranya hendak dilakukan sekarang, memerlukan banyak sumber kewangan, kakitangan, masa dan prasarana lain yang mana kelihatan agak mustahil. Ini kerana perkembangan sains dan teknologi pada zaman ini amat pantas. Ianya bergerak setiap saat. Setiap saat, ada sahaja penemuan teori-terori yang baru.

Seperti jawapan no. 6, negara-negara spt Jepun dan lain-lain telah mula mengkaji dan membuat penterjemahan semasa perkembangan teknologi bergerak perlahan (sebelum zaman revolusi lagi).

Sebagai contoh, Untuk memahami konsep asas transistor yg berasaskan silicon, kita perlu memahami konsep fizik silicon transistor tersebut. Oleh itu, sekiranya hendak membuat penterjemahan, kita perlu menterjemah buku-buku konsep asas fizik dalam semiconductor yang mempunyai pelbagai konsep yang kompleks. Perkataan-perkataan baru dalam BM perlu diwujudkan. Kesemuanya ini memakan masa dan masa yang menjadi penghalang kpd kita. Ini kerana, apabila kita membuat penterjemahan asas fizik utk silicon based semiconductor ini, org-org barat dan penyelidik lain telah pun mencari alternatif kepada silicon. Ini kerana saiz untuk silicon based transistor telah hampir ke saiz atom dan ianya tidak lagi boleh bergerak kehadapan. Maka wujudlah teeori-teori baru seperti RNA, DNA dan CNT (carbon nano-tube) based transistor.

Dimana kita ? Kita masih lagi membuat penterjemahan asas fizik untuk silicon based semiconductor. Selepas kita siap penterjemahan…pihak barat telah pergi jauh di hadapan dgn teknologi yang baru. Kita pula perlu membuat penterjemahan untuk tekonologi yang baru ini. Ini hanyalah mengenai satu konsep yang kecil dalam bidang kejuruteraan elektronik. Bagaimana dgn bidang-bidang lain, konsep-konsep yang lain ?

Maka, kita akan sentiasa berada di belakang teknologi…kerana kita sibuk dengan penterjemahan. Kalau kita berada di belakang tekonologi, bagaimana kita mahu mencipta tekonologi yang baru ? Dan kita akan sentiasa menjadi bangsa pengguna.

8. Tidak sukarkah bagi kanak-kanak kecil untuk belajar sains dan matematik dalam BI ?

Sebenarnya, kanak-kanak kecil akan mudah memahami dan mudah mengadaptasi pembelajaran mereka. Sebab itu ianya penting untuk bermula semasa mereka masih kecil. Kanak-kanak kecil bermula sejak dari darjah satu, sekiranya didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam BI, akan mudah memahaminya walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris dan tidak pernah menggunakan bahasa inggeris.

Anak-anak kecil yg berumur 6 tahun berbangsa melayu yang mengikuti keluarga ke United Kingdom terbukti boleh berjaya memahami sains dan matematik dalam BI. Anak-anak kecil ini berumur 6 tahun. Mereka tidak pernah berbahasa inggeris. Ibu bapa mereka juga tidak pernah menggunakan bahasa inggeris dirumah. Tetapi, meraka masuk ke darjah satu di sekolah-sekolah di UK, belajar sains dan matematik dalam BI dan mereka boleh menjadi pelajar cemerlang dalam kelas masing-masing. Mereka berada dalam satu kumpulan bersama pelajar yang cemerlang dan sering memperolehi `reward’ diatas kecemerlangan mereka. Mereka membuktikan bahawa, walaupun tidak didedahkan dengan bahasa inggeris dan tidak tahu berbahasa inggeris… mereka boleh menguasai dan berjaya. Kenapa ? kerana kanak-kanak kecil mudah untuk menerima dan memahami apa yang diajar kepada mereka.

9. Tidak bolehkah BM menjadi bahasa sains dan teknologi ?

Boleh. BM boleh menjadi bahasa sains dan teknologi apabila kita sudah menguasai teknologi tersebut. Apabila kita telah faham dan kuasai sesuatu bidang teknologi, maka kita mampu menjadi pencipta dan penghasil teknologi yang baru. Kita akan berada di hadapan teknologi. Pada masa itu, kita pula menggunakan BM dalam teknologi-teknologi baru yang kita hasillkan.

Maka, pada ketika itu, bangsa-bangsa lain, bangsa barat dan yahudi perlu mempelajari BM untuk menguasai dan mempelajari teknologi yang kita hasilkan. Hasilnya, BM akan menjadi bahasa teknologi, akan menjadi bahasa yang universal dan terkenal di seluruh dunia.

Yang penting, kita perlu kuasai teknologi yang telah dihasilkan dahulu yang kini dikuasai oleh bahasa inggeris.

10. Bolehkah dasar ini mencapai matlamatnya ?

Boleh. Sekiranya semua pihak berusaha sedaya upaya dalam memastikan kejayaan dasar ini. Semua pihak perlu berganding bahu menjayakannya. Semua pihak perlu membuang sikap prejudis, membuang kacamata politik dalam melihat dan memahami dasar ini. Apabila sikap prejudis di ubah, maka kita akan akui matlamat dan objektif dasar ini yang murni. Kita perlu bekerja keras.

Segala usaha, perancangan, prasarana perlu diperhebatkan agar matlamat dan objektif yang murni ini tercapai. Semua kita bertanggungjawab dalam memastikan satu hari nanti, bangsa kita, agama islam bakal menjadi pencipta, pengeluar dan rujukan bangsa-bangsa lain di dunia. InsyaAllah.

http://chewal.blogspot.com

TANPA UMNO MELAYU DAH LAMA TAK SELAMAT
Oleh : ABD HAMID MAMAT

Kuala Terengganu

TANPA UMNO ketuanan Melayu telahpun tinggal satu kenangan sejarah sahaja. Seperti orang Melayu hari ini mengetahui kegemilangan Kesultanan Melayu silam, UMNO telah menyelamatkan bangsa Melayu.

Inggeris merancang penubuhan ‘Malayan Union’ sejak sebelum perang dunia lagi.

Ura-ura menubuhkan Malayan Union terhenti kerana berlaku kekusutan politik di negeri-negeri Melayu dan idea itu terpaksa dibekukan sahaja.

Sebaik sahaja Perang Dunia Kedua tamat, Jepun mengaku kalah dan Inggeris cepat-cepat datang Ke Tanah Melayu.

Sir Harold MacMichael kemudian diutus untuk memujuk Raja-Raja Melayu supaya menerima gagasan Malayan Union.

Raja-Raja Melayu diugut akan diturunkan takhta kiranya enggan menurunkan tandatangan Gagasan Malayan Union itu.

Malayan Union diilhamkan untuk kepentingan penjajahan Inggeris tanpa mengambil kira kepentingan orang Melayu. Akhirnya Malayan Union ditentang hebat oleh orang Melayu.

Bagi orang Melayu, menghapuskan kedaulatan raja bermakna menghancurkan ciri-ciri kehidupan Melayu.

UMNO di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar terus menentang Malayan Union dan Inggeris tidak mempunyai pilihan lain kecuali bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1948.

Dengan itu, bermula era baru di dalam sejarah tanahair kerana Tanah Melayu telah mempunyai perlembagaan sendiri.

Walaupun pucuk pimpinan UMNO bertukar tangan pada tahun 1951 bila Datuk Onn dan digantikan pula oleh Tunku Abdul Rahman Putra, tetapi perjuangan UMNO tidak berakhir. Atas desakan sayap Pemuda UMNO, slogan perjuangan parti daripada ‘Hidup Melayu’ telah ditukar kepada ‘MERDEKA’.

UMNO telah membawa kemerdekaan kepada orang Melayu pada 31 Ogos 1957 setelah berkerajaan sendiri pada tahun 1955 di mana Tunku Abd Rahman telah terpilih sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

UMNO menjadi tunggak Melayu dan Melayu menjadi tunggak negara kerana sistem pentadbiran UMNO sendiri telah memberikan kuasa tertinggi kepada MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO.

Semua dasar negara samada dalam mahupun dasar luar negeri akan diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi.

Bila satu dasar itu tidak dibincang atau dirujukkan terlebih dahulu kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO, maka berlakulah kekecohan di dalam UMNO dan timbul kemarahan orang Melayu.

Ketika Tunku Abd Rahman menyingkirkan Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 tanpa merujuk terlebih dahulu kepada MKT, UMNO menjadi kelam-kabut.

Tan Sri Syed Jaafar Albar selaku Setiausaha Agung UMNO ketika itu bertindak meletak jawatan lantas meledakkan kemarahan orang Melayu dan atas alasan ini, orang Melayu tidak memberi kemaafan kepada Tunku walaupun dijunjung sebagai ‘Bapa Kemerdekaan’.

Atas alasan ini juga, UMNO menghadapi masalah dan kalah teruk pada pilihanraya 1969.

Dr Mahathir di dalam ‘Malay Dilemma’nya berkata, MKT UMNO mempunyai kuasa tertinggi dalam parti tetapi MKT harus membuat keputusan berdasarkan persetujuan ahlinya bukan mengambil keputusan bertentangan dengan kehendak ahli.

Kadangkala MKT mempunyai maklumat khas dan mungkin sulit tidak boleh diberitahu kepada ahlinya.

Pilihanraya 10 Mei 1969 telah mengeciwakan UMNO sebagai parti tunggak negara. Rakan-rakan di dalam perikatan seperti MCA dan MIC kalah teruk. Di Perak dan Selangor, UMNO/Perikatan tidak dapat menubuhkan kerajaan sehingga beberapa hari kerana kerusi pembangkang melebihi kerusi yang dimenangi oleh Perikatan.

Pulau Pinang telah terlepas kepada Parti Gerakan. Oleh sebab UMNO yang menjadi tunggak Melayu menghadapi kesukaran menubuhkan kerajaan dan parti bukan Melayu merayakan kemenangan dengan melupakan kedudukan sebenar dan lupakan sejarah hingga meletuslah Peristiwa 13 Mei 1969. Pertumpahan darah dan rusuhan kaum yang terbesar berlaku di dalam sejarah negara.

UMNO tidak mungkin lahir kiranya masyarakat Malaysia telah hidup di dalam harmonis. UMNO tidak mungkin wujud kiranya orang Melayu sebagai warisan bangsa dan peribumi negara ini tidak bimbangkan kaum pendatang.

UMNO mungkin tidak menjadi pertubuhan unggul yang disokong oleh orang Melayu kiranya UMNO tidak dapat membantu dan menyelamatkan orang Melayu.

Pucuk pimpinan UMNO dan Negara mulai sedar bahawa UMNO tidak bertahan lama kiranya UMNO terus dengan dasar bertolak ansur dan terus bersikap defensive.

Walaupun UMNO ditentang secara tradisi oleh PAS tetapi UMNO tetap tenang menempuh gelombang. Pilihanraya demi pilihanraya UMNO tetap mendapat majoriti besar. 1978-1986 UMNO terus mendapat sokongan besar rakyat.

Bila UMNO berpecah pada tahun 1987, kesan daripada perebutan jawatan terpenting parti, iaitu jawatan presiden yang secara tradisinya jarang ditentang, kecuali Haji Sulaiman Palestin menentang Tun Hussein Onn pada tahun 1978 dan bila Dr Mahathir yang mempertahankan jawatan berjaya mengalahkan Tengku Razaleigh yang mencabarnya dengan majoriti kecil.

Kumpulan Tengku Razaleigh tidak berpuashati dan terus membawa isu itu ke mahkamah dan akhirnya mahkamah telah mengharamkan UMNO.

Maka UMNO menjadi porak-peranda. Akhirnya UMNO telah dihidupkan kembali. Tetapi muncullah apa yang dipanggil sebagai ‘puak serpihan’ UMNO dan lahirlah seterusnya Semangat 46.

Pengharaman UMNO telah menjadikan masyarakat Melayu kelam-kabut seolah-olah hilang payung tempat berteduh.

Kesannya di dalam UMNO menghadapi kemelut Pemuda MCA di dalam seminarnya telah meluluskan satu resolusi bahawa orang Melayu bukan peribumi negara ini.

Resolusi Pemuda MCA Selangor itu direstui oleh MCA Pusat. Datuk Kok Wee Kiat juga meminta pimpinan MCA mencari jalan supaya formula sebelum merdeka mengenai pembahagian hak istimewa dikaji semula.

Bila Pemuda UMNO bangkit dan menentang isu ini, Dr Ling Liong Sik menyindir sinis bahawa ”anjing menyalak bukit tak ke mana’. Sindiran kepada Pemuda UMNO itu berlandsakan satu alasan bahawa semua masalah hendaklah diselesaikan melalui meja perundingan atas dasar persefahaman di dalam kontek barisan Nasional.

Begitulah UMNO yang sentiasa dilanda masalah. UMNO bukan sahaja ditentang oleh DAP bahkan rakan-rakan dalam BN seperti MCA dan Gerakan. UMNO juga ditentang oleh PAS dan parti-parti melayu.

Semua orang bukan Melayu dan penduduk Malaysia mengetahui bahawa UMNO adalah tunggak Melayu dan Melayu tunggak negara.

Bagi menghancurkan bangsa Melayu, UMNO hendaklah dilumpuhkan terlebih dahulu.

Musuh-musuh UMNO juga mengambil kesempatan melaga-lagakan pemimpin UMNO dan akhirnya UMNO runtuh dan hancur. Nasib UMNO dan orang Melayu baik UMNO yang telah diharamkan telah hidup kembali dengan wajah serupa dan pemimpin yang sama.

Orang Melayu adalah peribumi dan anak watan di Malaysia. Semua orang tahu. Sejarah telah membuktikannya. Melayu adalah teras negara. Walaupun jumlahnya kini hampir menyamai dengan orang mendatang, bangsa Melayu tetap menjadi teras dan tunggak negara.

Oleh itu, apa jua cara hidup Melayu yang dianggap teras hendaklah diterapkan di dalam apa jua dasar negara.

Contohnya kebudayaan negara hendaklah berasaskan kesinambungan budaya berasaskan masyarakat teras tanpa prasangka.

Oleh itu, masalah kedaulatan kesultanan Melayu, adat istiadat Melayu, hatta bersongkok sekalipun di dalam apa jua majlis resmi, tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa.

Kalau MCA dan parti-parti bukan Melayu mempersoalkan hak istimewa orang Melayu dengan ingin mengkaji semula hak-hak itu, orang Melayu bersetuju dan orang Melayu sedar mengapa hak istimewa mereka dihapuskan lantaran tidak bermakna mendapat hak istimewa kerana selalu dipersoalkan oleh orang lain.

Jangan jadi hipokrit. Hak orang Melayu ingin dihapuskan dan di dalam masa yang sama mereka menuntut perkara yang keterlaluan.

Penderitaan orang Melayu dianggap masalah negara kerana kemiskinan orang Melayu sudah tentu akan menjejaskan kesejahteraan negara.

Orang Melayu sedar bahawa umat melayu adalah tunggak negara.

Apa tidaknya, semasa DEB dilancarkan semua orang terima dengan senang hati kerana mereka baru berhadapan dengan 13.5.69 di mana rusuhan kaum telah berlaku kerana ketidakseimbangan ekonomi di antara orang Melayu dengan golongan bukan Melayu.

Isu yang mengatakan negara akan menjadi huru-hara bila UMNO tidak mendapat majoriti di dalam pilihanraya akan datang bukanlah satu politik menakutkan rakyat Melayu.

Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang. Kuasa Melayu telah terlepas ke tangan Orang Bukan Melayu sejak dulu lagi.

Orang melayu telah tertindas dan Melayu Pulau Pinang bersatu di bawah UMNO.

Inilah nasib orang Melayu sekiranya jumlahnya telah berkurangan dan tidak lagi menjadi tunggak negara.

Tun Dr Ismail bukan sahaja menganggap UMNO teras Melayu tetapi bagi beliau, UMNO itu Kerajaan dan Kerajaan itu UMNO. Kerajaan itu Parti dan Parti itu Kerajaan.

Mingguan Politik 2 Julai 1990

Serangan Waktu Subuh - Bukit Carcosa
Sumber : Serangan Waktu Subuh - Bukit Carcosa

1. Bukit Carcosa dahulunya pernah dihadiahkan oleh Tunku Abdul Rahman kepada kerajaan British sebagai penghargaan kepada persahabatan yang terjalin antara kedua buah negara.

2. Namun hasrat untuk mengambil semula Bukit Carcosa daripada pihak British telah disuarakan dalam Perhimpunan Agong UMNO ke-33 pada 11 September 1982.

3. Hasrat itu disuarakan berikutan kejayaan kerajaan sebelum itu dalam mengambil alih Guthrie Corporation menerusi “Serangan Waktu Subuh” di London Stock Exchange (LSE) melalui Perbadanan Nasional Berhad (PNB) pada 7 September 1981. Semua sedia maklum bahawa sebelum ini Guthrie dimiliki sepenuhnya oleh British dan memiliki kira-kira 200,000 ekar ladang getah, kelapa sawit dan koko di Malaysia.

4. “Serangan Waktu Subuh” telah mengembalikan kuasa milik ladang itu kepada rakyat Malaysia dan turut menyelamatkan beratus juta ringgit Malaysia daripada berterusan mengalir ke tangan pemegang saham asing. Kejayaan Malaysia itu juga telah menyebabkan kerajaan British bertindak serta merta meminda peraturan untuk mengambil alih syarikat melalui pembelian saham terbuka. Peristiwa ini merupakan satu kemenangan manis buat Malaysia dan terima kasih kepada Che Det serta semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kejayaan Malaysia “mempermainkan” British itu.

5. Berbalik kepada kisah Bukit Carcosa, Rahmah Osman iaitu wakil Pergerakan Wanita Umno dalam ucapannya di Perhimpunan Agong Umno ke-33 mengatakan, “Tidak ada gunanya kerajaan memberikan terlalu banyak kepada orang yang telah menjajah negara ini begitu lama sedangkan negara ini tidak langsung mendapat apa-apa faedah daripada mereka”.

6. Hakikatnya, suara Rahmah Osman itu adalah suara Che Det yang telah mempertikaikan semenjak sebelum merdeka lagi akan keputusan Tunku Abdul Rahman memberikan tanah seluas 7.2 ekar yang terletak di kawasan tertinggi di Kuala Lumpur itu kepada British. Kedudukan Bukit Carcosa seolah-olah memberikan taraf keistimewaan yang begitu tinggi kepada British berbanding wakil-wakil asing lain dan ianya secara tidak langsung memberikan kesan psikologi yang buruk kepada rakyat Malaysia.

7. Tuntutan perwakilan UMNO itu telah menyinggung perasaan Tunku Abdul Rahman kerana beliaulah yang telah menghadiahkan tanah tersebut kepada British. Dalam tulisannya di akhbar The Star, 26 Mac 1984 di ruangan ‘As I See It’, Tunku menyatakan bahawa tuntutan itu merupakan satu usaha untuk melupakan jasanya. Katanya, “Suatu ketika saya dituduh menjual negara ini kepada orang Cina dan sekarang Carcosa pula kepada Inggeris. Apa ada kenangan terhadap diri saya setelah saya mati. Mungkin hanya celaan”.

8. Pada peringkat ini, Che Det selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri hanya bertindak mendiamkan diri dan tidak menjawab kritikan yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman.

9. Berikutan cadangan mengambil alih Bukit Carcosa dalam Perhimpunan Agong Umno ke-33, maka pada 10 April 1984, satu rundingan telah diadakan antara wakil Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British, Wisma Putra serta Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah.

10. Pada 12 Mei 1984, Che Det telah mengumumkan bahawa kerajaan British telah bersetuju untuk menyerahkan kembali Bukit Carcosa kepada kerajaan Malaysia tanpa sebarang pampasan dan sebagai gantinya kerajaan telah menawarkan sebidang tanah di Jalan Ampang untuk kediaman Pesuruhjaya Tinggi British.

11. Penyerahan rasmi Bukit Carcosa kepada kerajaan Malaysia telah dibuat pada 13 Julai 1986 melalui upacara menandatangani satu memorandum penyerahan semula di Wisma Putra.

12. Pengambilan semula Guthrie Corporation dan Bukit Carcosa oleh Malaysia tidak merosakkan hubungan antara kedua buah negara, sebaliknya ia telah menambahkan lagi penghormatan British terhadap Malaysia.

13. Walaupun pada peringkat awalnya Che Det hanya mendiamkan diri terhadap kecaman Tunku Abdul Rahman berkenaan isu Bukit Carcosa, namun setelah Tunku meninggal dunia, Che Det telah mengarahkan pembinaan Memorial Tunku Abdul Rahman dan memulihkan residency yang sangat disayangi oleh Tunku. Memorial Tunku Abdul Rahman yang bertempat di Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur itu merangkumi tiga bangunan iaitu bangunan residency yang dikekalkan mengikut bentuk asalnya sebagai bangunan utama dan dua buah bangunan baru yang mengandungi ruang pameran bahan-bahan sejarah. Nama Putrajaya juga diberikan oleh Che Det bersempena dengan nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj demi mengenang jasa Perdana Menteri Malaysia Pertama itu.

14. Walaupun diketahui umum bahawa hubungan Che Det dengan Tunku Abdul Rahman tidak pernah mesra, namun Che Det tetap memandang tinggi akan Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan dan pengasas Dasar Ekonomi Bebas Malaysia.

15. Semasa melancarkan projek Memorial Tunku Abdul Rahman pada 7 Julai 1992, Che Det dalam ucapannya menyebut, “Kejayaan paling besar yang pernah dilakukan oleh Almarhum Tunku dan akan dikenang sepanjang hayat oleh rakyat ialah mewujudkan kerjasama kaum melalui parti-parti politik”.

Surat Terbuka Kepada Orang Melayu
Salam….

Seperti yg kita lihat baru-baru ini. Apa yg ditunjukkan oleh bangsa melayu kita dengan ketegangan yg berkuak-kuak mementingkan parti masing-masing yang memberi kesan buruk sambil bangsa lain yang hanya duduk bergembira dan ketawa melihat gelagat org melayu. Sedih kalau dilihat org melayu sekarang ni asyik bergaduh sesama sendiri. Kalau dilihat dengan bangsa asing walaupun diaorg bergaduh tetapi mereka tetap menjaga maruah bangsa diaorg. Salah ka kita (Org Melayu) berbuat demikian???

Kemenangan BN di Perak bukan sekadar untuk mementingkan diri tapi ini menunjukkan ketidakadilan Parti Pakatan Rakyat yang menyalah gunakan kuasa seperti bekas MB Datuk Nizar yang hanya cucuk hidung untuk membuat apa-apa keputusan.

Beliau hanya berpandukan DAP sebagai paduan. Mana kepentingan orang melayu di Perak dll negeri?

Mungkin kita (org melayu) lupa bahawa negara kita (Malaysia) majoriti penduduknya terdiri daripada org melayu. Kita memang berhak diatas segalanya. Jangan jadikan politik ini sebagai garisan untuk mempecah belahkan hak-hak org melayu. Tidak kira parti BN, PAS, PKR dll bergabung demi menjadikan org melayu atau org islam sebagai rakyat yang disegani di mata dunia. Kita lihat di arab atau pun negara Palestin kekuatan mereka terletak diatas kekuatan rakyat. Apa dah jadi di Palestin puak Hamas dan puak Fatah mereka juga bergaduh sesama sendiri. Mereka pun islam. Adakah di Malaysia juga akan tercetus seperti mana di Palestin?

Adakah pengakhiran melayu malaysia sekarang akan sama seperti di negara arab yang satu agama tetapi tidak sebulu dan berbalah diantara sesama mereka?

Mungkin kita juga lupa akan rukun negara kita.. Huraian :

* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Orang malayu skrg hanya percaya kepada orang lain dari percaya kepada tuhan.

Sebenarnya kita kena terima hakikat kerana yang baik datangnya dari tuhan dan yang buruk pun datang dari tuhan.

* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kita tgk mana-mana bangsa asing yang taat setia kepada raja seperti (Karpal Singh).

Beliau mampu menyaman sultan kita. Adakah kita akan membiarkan ianya berlaku?

* KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Rakyat perlu menerima perlembagaan negara.

Adakah Karpal Singh mematuhi kemuliaan Perlembagaan Negara?

* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Ya! Karpal Singh seorang lawyer…undang-undang…Adakah kita ingin membiarkan bangsa asing menyaman raja(Sultan) kita/bukan Raja Lingam kedai potong di klang?

Mana hak-hak kita???

* KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Mana kesopanan dan kesusilaan org melayu?

Hanya biarkan bangsa kita sendiri menjadi boneka didalam negara kita.

Pesanan saya kepada semua marilah bersatu..memang dalam islam tidak wujudnya kita membenci sesama sendiri walau berbeza agama tetapi kepentingan orang melayu untuk bersatu dan menjadikannya lebih kuat perlu diwujudkan sekarang.

Kita tertewas dalam ekonomi negara. Kita tertewas dalam mendidik anak bangsa, jangan kita menanam perasaan hasrat denki sesama kita. Marilah kita memulihkan ekonomi dan mampu mendidik anak bangsa kita akan datang.

Permulaannya bermula dengan diri kita sendiri…………………sedarlah wahai saudaraku, anak bangsaku….Takkan melayu hilang didunia. Insya ALLAH.

Malaysia Kita
1. Orang lebih berminat bercerita mengenai Politik berbanding Ekonomi.

2. Kuasa Politik akan menentukan Kuasa Ekonomi negara berada pada tahap yang stabil. Tetapi wujud politikus  yang menggunakan Kuasa Ekonomi mempengaruhi Kuasa Politik. Kedua-duanya saling berkaitan. Namun hari ini kedua-duanya berada pada tahap semakin tidak stabil.

3. Selepas PRU-12 tikam-menikam sering berlaku di arena politik. Samada tikam melalui lidah, melalui mata pena, mahupun melalui papan kekunci. Selagi mana peluang menggunakan platform yang ada, selagi itu musuh-musuh politik akan mencantas, menabur, menyebarkan, mengura-urakan, mencipta, menghambur dan memaki sesiapa sahaja yang cube mengganggu-gugat kedudukan Kuasa Politik dan Kuasa Ekonomi mereka.

4. Sejurus PRU-12 kita dihidangkan dengan pelbagai masalah yang melanda negeri-negeri Bersultan dan Beraja semasa ingin melantik MB dan juga EXCO²nya. Mereka yang tidak mendapat perkenan Sultan dan Raja terpaksa bertindak sehingga di luar batasan dengan melanggar titah Baginda Sultan dan Raja, memboikot majlis, berdemonstrasi, dan mengganggu-gugat keharmonian. Tetapi semangat bertunjangkan Raja Berpelembagaan masih utuh dan masalah demi masalah ini dapat diselesaikan dengan harmoni walaupun wujud perasaan tidak puas hati sesetengah pihak.

5. Di dalam Parlimen kita dapat menyaksikan ‘pertempuran’ dua puak yang sentiasa bertelagah. Diselitkan juga puak yang ‘membebaskan’ dirinya dari sebarang ideologi yang kedudukan puak ini mengadap Speaker Dewan. Pidato-pidato yang panas sesekali berbau hamburan pedas, tuduh-menuduh, memaki hamun sehingga menyebabkan Speaker dewan pening kepala dan sakit jantung terasa usia akan semakin pendek selagimana beliau berada di kerusi Speaker. Tetapi tidak pernah dalam seumur hidup saya melihat orang berpidato sambil duduk.

6. Ingatkan keadaan akan kembali normal dan harmoni selepas PRU-12. Tetapi semakin hari semakin panas. Media arus perdana dan media alternatif memainkan peranan mereka dengan ‘mengejar’ isu-isu sensasi, panas, bombastik bagi setiap muka surat & rakaman mereka. Kini isu-isu sensasi tidak lagi hanya terpapar di muka ruangan hiburan. Isu sensasi lagi panas ini hasilnya tidak lain dan tidak bukan pastinya melentingkan sesetengah pihak yang sememangnya mudah untuk dilaga-lagakan. Kadang sensitiviti tidak dijaga, umat yang sensitivitinya dan emosinya sentiasa tinggi, ditambah pula dengan semangat juang yang kental sering melakukan aktiviti ‘berkumpulan’ di jalanan.

7. Sebagai contoh wujudnya Pasukan Berani Bogel (PBB, Bukan Pertubuhan Bangsa² Bersatu) yang bangkit menentang MB Selangor yang dikatakan menyeleweng. Sungguh tinggi visi mereka ini namun sehingga hari ini mereka masih gagal untuk melakukan aktiviti ‘mulia’ itu. Mungkin mereka tidak seberani itu. Visi yang cuba dicapai mereka terlalu jauh mungkin. Kenyataan terakhir mereka mendakwa tidak perlu lagi berbogel kerana Elizabeth Wong telah melakukannya bagi pihak mereka.

8. ‘Harapan Rakyat’ kemudian tinggi. 16 September adalah misinya. Sejarah negara selepas Tsunami Politik akan tertulis dengan kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional dengan berjayanya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Permatang Pauh adalah kunci utama bermulanya misi penjajahan Putrajaya. Saiful Bukhari datang menjelma. Hilang teruna katanya disebabkan nafsu seorang politikus. Sumpah dilafazkan berjunjungkan al-Quran. Namun politikus itu tidak bertindak serupa. Mungkin takut termakan sumpah, mungkin juga belum mandi wajib lagi untuk membolehkannya menyentuh al-Quran.

9. Dari Permatang Pauh ke Parlimen membawa amanah yang tinggi. Suatu budaya baru akan diperkenalkan di Parlimen. Budaya Lompat Parti diberi nama. Budaya yang diajarkan oleh Ketua Pembangkang ini selaku mahaguru utama adalah bermulanya suatu episod yang berpanjangan. Panjang seperti Sinetron Indonesia. Sekumpulan ahli Parlimen kemudiannya di bawa lawatan sambil belajar. Tetapi ada juga sekumpulan ahli Parlimen yang tiada dalam senarai ingin mengikuti rombongan tersebut. “Saja jalan²” katanya. Tidak diperiksa di dalam bagasi mereka samada kemungkinan wujud Borang Lompat Parti.

10. Sehingga berlalunya 16 September ‘Harapan Baru Rakyat’ tinggal harapan. Rakyat terpaksa menanti hingga PRU-13 untuk melihat tertubuhnya kerajaan serba baru. Tetapi Kerajaan Persekutuan yang baru ini tidak dapat dipastikan sejauh mana akan membolehkan negara berada dalam keadaan harmoni. Kerajaan di negeri P. Pinang, Perak & Selangor selalu menjadi liputan media. Kerajaan Negeri ini adalah KPI (Key Performance Index) Kerajaan Pakatan Rakyat sebelum mereka mampu untuk bernaung di Putrajaya. Di negeri-negeri ini ada sahaja yang tidak kena. Tetapi masakan pokok bergoyang jika tiada beruk yang bergayut². Namun di Kedah tidak ’semeriah’ di negeri lain. Mungkin kerana Kedudukan Orang Melayu di negeri itu tidak terancam melihatkan MB & EXCO²nya adalah orang Melayu Islam.

11. Dari Permatang Pauh kita ke Kuala Terengganu. Aman Harmoni katanya pilihanraya di sana. Syukur Alhamdulillah kepada pihak PDRM yang berkawal ketat di sana bagi menjamin keselamatan rakyat marhaen. Kalau takde anggota keselamatan ni terjamin tak keselamatan rasanya? Sebab wujud suara yang mempertikaikan kebanjiran anggota keselamatan ke kawasan Parlimen itu. Mungkin kita boleh cuba pada PRK selepas ini untuk tidak meletakkan anggota keselamatan yang ramai. Cuma cukup kita meletakkan anggota RELA bagi memantau proses pilihanraya di kawasan itu. Beranikah bereksperimentasi sebegitu? Mampukah manusia berhadapan dengan provokasi dengan aman? Entahlah..

12. Oh! Isu Panas Of The Year. Budaya lompat yang diajarkan oleh mahaguru telah bermula di Perak. Mula seorang sini lompat sana. Kemudian pula 2 orang melompat dan melayang² di atas angin. Yang lompat tadi pula lompat balik dan melayang² bersama yang 2 orang tadi. Nah! Sultan bertitah supaya MB Perak meletak jawatan dan digantikan dengan yang baru kerana Majoriti mereka sudah tiada.

13. Bermulanya sengketa. Rakyat berbaring di jalan tar yang panas. Kuasa rakyat telah melebihi segala undang² yang wujud di Malaysia. Samada undang² tubuh negeri mahupun perlembagaan negara tiada yang melebihi kuasa rakyat. Rakyat adalah segala²nya. Berpegang pada Prinsip “Raja Mulia Di Sembah, Raja Zalim Di Sanggah”. Orang Melayu bertempik² menghamburkan kata-kata yang tidak enak kepada rombongan kerabat. Orang bukan Melayu tiada dalam jemaah, mereka hanya memegang kamera dan tidak pula berani bertempik. Tetapi ada seorang politikus bukan Melayu yang sering bercakap sambil duduk ingin saman. Saman Sultan. Saman Tetap Saman.

14. Kelompok yang marah bangkit. Berkumpul di jalanan menjeritkan DAULAT TUANKU! Bagus. Masih ada yang sayang Raja & Sultan. Raja & Sultan yang merupakan simbol keislaman negara akan sentiasa dipelihara kedaulatannya. Payung utama rakyat mestilah dibebaskan dari sebarang ancaman untuk menjatuhkan kedaulatan mereka. Mahkamah tidak sepatutnya menjadi platform menyelesaikan masalah. Sensitiviti orang Melayu terletak pada Raja & Sultan. Tetapi wujud kelompok melayu yang tidak sentitif terhadap apa yang berlaku kepada Institusi Kesultanan. Mungkin akibat menjamin ‘hubungan’ di dalam pakatan pembangkang. Maka mereka terpaksa saling sokong-menyokong pemimpin masing². Pemimpin Politik tidak salah. Raja & Sultanlah yang salah.

15. Dan akhirnya dari Kuala Terengganu kita akan ke Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Bukit Lenjan (mungkin?). Elizabeth Wong tidak salah. Ini bukan isu Moral walaupun teman lelainya dikatakan lelaki muslim. Chua Soi Lek salah dan tidak bermoral. Maka sememangnya perlulah beliau meletak jawatan.

16. Begitulah episod² sejarah yang tercatit sehingga hari ini. Situasi politik ini tidak akan berakhir selagi mana kononnya Kuasa Rakyat adalah segala²nya. Pemimpin tidak boleh bertindak kejam kepada rakyat. Semuanya kena adil. Adil kepada HINDRAF. Adil kepada golongan paderi gereja yang ingin menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible mereka. Adil kepada mereka yang menggunakan blog untuk mengutuk peribadi Rasulullah S.A.W. Adil kepada segala²nya.

17. Bagaimana dengan Ekonomi jika asyik Politik yang tersemai di hati?

Selamat Datang
Selamat Datang kepada para pengunjung yang telah terhadir ke laman blog ini. Laman blog ini masih di dalam peringkat pembangunan. Semoga dengan kehadiran blog ini yang akan bersaing dengan lambakan laman² blog lain di dalam dan luar negara ini akan dapat memberikan sekelumit impak terhadap pementasan dunia yang bersifat sementara ini.

Tidak dapat dipastikan lagi samada laman blog ini akan berfungsi seperti namanya iaitu demi Kempen Kita Mesti Bersatu. Satu usaha yang sememangnya untuk mencapai objektif memandangkan pelbagai ragam dan sifat manusia itu diciptakan. Namun diharapkan masih ada harapan untuk kita memuhasabahkan diri kembali dan menilai sejauh manakah kita telah berpecah dan sejauh mana yang kita benar² bersatu.

Ahli Kaji Masyarakat