KempenKitaMestiBersatu

Bersatulah Kalian

 

KempenKitaMestiBersatu adalah sebuah wadah untuk mencari titik pertemuan kaum Melayu di Bumi Malaysia ini.

 

Blog ini bukanlah dihasilkan untuk memacakkan semangat anti-Perkauman di dalam diri Orang Melayu, tetapi lebih kepada untuk memberi pendedahan dan penerapan budaya kesatuan di kalangan Orang Melayu itu sendiri. Dan insyaAllah perpaduan antara pelbagai kaum yang dikehendaki oleh sekalian rakyat negara ini dapat dinikmati bersama kelak.

 

Melayu sangat waja apabila suatu semangat ROH itu berjaya ditiupkan ke dalam diri sanubari mereka. Namun masih ramai Melayu di luar sana yang dilihat langsung tidak mempunyai ROH. Terutamanya ROH perjuangan memartabatkan Agama Islam dan Bangsa. Ditambah pula dengan pepecahan akibat daripada perbezaan budaya dan ideologi Politik masing-masing.

 

Maka terlihatlah hari ini betapa jauhnya jurang perbezaan yang telah wujud sejak sekian lama dan semakin parah sejak akhir-akhir ini.

 

Namun kini kelihatan pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak terutama NGO-NGO yang berjuang atas nama Melayu demi Agama, Bangsa dan Tanah Air. Perbezaan ideologi politik itu diketepikan. Apa yang penting semangat Kemelayuan itu berjaya dihidupkan di dalam diri setiap mereka yang bergelar Melayu.

 

Dan hakikat perjuangan ini adalah demi untuk mengelakkan negara Malaysia tercinta ini ROBOH dan HODOH akibat daripada keBODOHan orang Melayu yang sedang bertikam-tikam sesama sendiri ketika ini.

 

Ayuhlah Bersatu !!!

 

 

Ahli Kaji Masyarakat

RSS